Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Bukan selalu dapat menjadi tetamu acara perasmian di negeri orang. Sangat teruja tidak terungkap berpeluang menyertai perasmian Stadium Sultan Ibrahim yang dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Sebagai tetamu dari negara jiran yang memenuhkan stadium bersama rakyat jelatanya, ia satu pengalaman yang luar biasa lebih-lebih lagi dengan persembahan penyanyi antarabangsa Leona Lewis, penyanyi anak jati Johor Ayai dan Akim. Pertunjukan bunga api yang gah lagi meriah menoktahkan acara yang gilang-gemilang ini.

Semoga ini bukan kali terakhir menyaksikan acara sebegini! Tahniah kepada Johor yang kini mempunyai kawasan latihan khas untuk pasukan JDT!



Popular Posts