Nikmat Tidur Tidak Terhitung dengan Alas Tilam SleepWiz
Baru-baru ini, ramai yang pasti terlihat coretan blog tentang SleepWiz. Sangat dihargai kehadiran alas tilam yang baharu memandangkan memang sudah lama tilam yang sedia ada harus diganti.
Memandangkan sekarang ramai dalam kalangan kita bekerja dari rumah, penatnya tentu bukan kepalang. Tidak dapat dinafikan, kemudahan bertugas dari rumah ada manfaatnya. Di antaranya, kemudahan berkumpul bersama keluarga apatah lagi makan minum yang mudah diurus dari rumah. Namun, ia tidak bermaksud tuntutan harian semakin berkurangan. Hakikatnya, ia semakin padat walaupun tugasan yang dijalankan semuanya keperluan seperti memasak, membersihkan rumah, melayan yang tersayang, dan lain-lain. Bagi mereka yang mempunyai anak, bebanan itu ditambah lagi dengan perlunya memantau pembelajaran mereka dari rumah.
Hari berganti malam, akhirnya mata jenuh setelah lama mendanguk menatap skrin komputer, sendi dan otot mula terasa lelah kerana lama duduk membongkok, dan tenaga pun berkurangan setelah sehari suntuk menjalankan tanggungjawab. Maka, tibalah waktu untuk merebahkan diri di atas katil lalu dibuai mimpi.
Malahan, kajian terkini menunjukkan bahawa bekerja dari rumah tidaklah seindah mana yang diuar-uarkan. Indah khabar dari rupa kerana telesidang yang kita sertai saban hari sebenarnya memakan lebih banyak tenaga yang dikenali pengkaji sebagai Zoom fatigue. Rencananya boleh dibaca melalui pautan National Geographic di sini.
Malangnya, walaupun dengan keadaan yang amat letih, mimpi manis yang diharapkan pasti menjadi mimpi buruk dalam celik setelah bergolek-golek untuk mendapatkan posisi yang selesa untuk tidur. Belum sempat terlena, jam penggera pun berdering. Kalaulah begitulah masalahnya, sangat disarankan percubaan alas tilam daripada SleepWiz.
Ternyata, produk-produk mereka lain daripada yang lain, berpatutan, ditambah pula dengan tempoh percubaan. Kalau tidak berpuas hati dengan produk mereka, ia boleh dipulangkan.
Dengan tilam SleepWiz, keempukan tilam boleh dipilih antara yang keras atau yang lembut.
Secara peribadi, keempukan lembut ErgoLush™Gel-infused Memory Foam Mattress Topper dapat memberi kepuasan tidur seolah-olah melayang di awang-awangan. Kini, ada sebab untuk tidur lebih awal, tanpa berasa panas kerana produk SleepWiz mempunyai lubang-lubang pengalihan udara yang tidak dapat dirasai badan sewaktu berbaring. Alas tilam SleepWiz benar-benar menggamit pada waktu malam.
Kalau ingin cuba, layarilah lelaman rasmi mereka di sini untuk maklumat lanjut. Kalau kita pantas membeli makanan yang mudah terbazir, mengapa tidak cuba sesuatu yang tidak perlu dimasukkan ke dalam mulut dan dapat dinikmati setiap anggota tubuh?
Tidur mengambil sepertiga masa dalam hidup kita. Sememangnya, ia lebih penting bagi kebaikan jasmani dan mental.
Cubalah, harap sama berpuas hati!